Margaret Mitchell
Margaret Mitchell | |
|---|---|
Margaret Mitchell, dengan mesin taip mudah alih Remington yang digunakan untuk menulis "Lalu bersama Angin" | |
| Kelahiran | 8 November 1900 |
| Meninggal dunia | 16 Ogos 1949 (umur 48) |
| Tandatangan | |
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "genre"
- Untuk ahli politik Kanada, sila lihat Margaret Mitchell (ahli politik)
Margaret Munnerlyn Mitchell (8 November 1900 – 16 Ogos 1949) adalah pengarang Amerika Syarikat yang memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun 1937 untuk novelnya yang amat berjaya, Lalu bersama Angin, yang diterbitkan pada tahun 1936. Novelnya merupakan salah satu buku yang paling popular, dengan jualan buku kulit tebal melebihi mana-mana satu buku yang lain, selain daripada kitab Bible. Bilangan jualan buku ini yang terkini dikatakan 200,000 naskhah setahun. Padanan filem Amerika yang diterbitkan pada tahun 1939 menjadi filem yang memperoleh hasil jualan yang tertinggi dalam sejarah Hollywood, dan menerima bilangan Anugerah Akademi yang memecahkan semua rekod.