Margaret Brooke

Margaret
Rani/Ranee Sarawak
Tempoh28 Oktober 1869 – 17 Mei 1917
KeputeraanMargaret Alice Lili de Windt
(1849-10-09)9 Oktober 1849
Paris, Perancis
Kemangkatan1 Disember 1936(1936-12-01) (umur 87)
London, England
PasanganCharles Brooke
AnakandaDayang Ghita Brooke
James Harry Brooke
Charles Clayton Brooke
Charles Vyner Brooke
Bertram Brooke
Harry Keppel Brooke
Nama penuh
Margaret Alice Lili de Windt
KerabatRajah Putih (secara perkahwinan)
AyahandaJoseph Clayton Jennyns de Windt
BondaElizabeth Sarah Johnson

Margaret, Lady Brooke, Rani Sarawak (1849 – 1936) adalah Rani Putih kedua Sarawak pasangan kepada Raja Charles Anthony Johnson Brooke. Beliau mengabdikan memoirnya dengan menerbitkan Hidup Saya di Sarawak (My Life in Sarawak) pada tahun 1913, yang memberikan gambaran sepintas lalu kehidupan dalam Astana di Kuching dan tanah jajahan Borneo.

Rani tersebut menjadi legenda semasa hayatnya sebagai seorang wanita yang tabah dan bijak, dan juga dalam keadaan yang luar biasa sebagai keluarga diraja berdarah Serani.

Brooke sangat mencintai isterinya. Astana telah dibina khas untuk beliau sebagai hadiah perkahwinan mereka dan Fort Margherita juga di Kuching, dinamakan sempena namanya.