Marakas

Marakas
Sepasang marakas
Alat perkusi
PengelasanPerkusi
Pengelasan Hornbostel-Sachs112.1
(Idiofon digoncang)
Alat muzik berkaitan

Shekere

Marakas adalah sepasang alat muzik jenis perkusi terdiri dari bekas berisi butiran biji atau manik digoncang-goncangkan mengeluarkan bunyi berdesir atau menggersik. Ia dimainkan dalam muzik banyak genre dari rantau Caribbean, Amerika Latin (seperti rumba dan salsa) malah juga di alam Melayu Nusantara (seperti ghazal, zapin dan dikir barat). Alat ini dibuat dari kayu atau tempurung kelapa malah juga buah labu yang dikeringkan; alat marakas moden boleh dihasilkan daripada plastik.

Alat ini mula digunakan dalam kalangan masyarakat peribumi yang menduduki Amerika Selatan terutamanya dalam kalangan orang Tupinambá di pesisiran Brazil serta orang Guarani (yang memberi nama mbaracás dalam bahasa mereka) dan penduduk sepanjang sungai Orinoco untuk tujuan kepawangan atau menyembuhkan orang sakit.