Manuel Seoane



Manuel Seoane
Seoane memakai jersi Argentina pada tahun 1923.
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1902-03-19)19 Mac 1902
Tempat lahir Piñeyro, Avellaneda, Argentina
Tarikh kematian 21 Ogos 1975(1975-08-21) (umur 73)
Tempat kematian Quilmes, Argentina
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
1918-1920 Club Progresista
1920-1921 Independiente
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1921-1923 Independiente (Jumlah dibawah)
1923-1925 El Porvenir ? (?)
1925 Boca Juniors ? (16)
1926-1933 Independiente 264 (233)
Pasukan kebangsaan
1924-1929 Argentina 19 (14)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada Jun 2012

Manuel Seoane (19 Mac 1902 - 21 Ogos 1975), gelaran diberi La Chancha, ialah seorang pemain bola sepak Argentina yang bermain di posisi penyerang.

Seoane dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman bagi kelab Independiente dan juga bagi pasukan Argentina. Beliau diiktiraf oleh media massa dan juga penyokongnya sebagai seorang yang mempunyai semangat berpasukan dan pandai mencanang strategi, serta bijak menganalisis permainan bola sepak dari segi teknikal. Beliau juga merupakan penyerang yang sangat hebat, mempunyai rekod jaringan tertinggi sekali semasa era permulaan bola sepak di Argentina dengan 196 gol. Beliau kemudiannya menjadi ketua jurulatih bagi pasukan Argentina dalam tahun 1930-an.