Manuel L. Quezon
Manuel L. Quezon | |
|---|---|
| Dalam jawatan 15 November 1935 – 1 Ogos 1944 | |
| Naib Presiden | Sergio Osmeña |
| Didahului oleh | tiada |
| Digantikan oleh | Sergio Osmeña |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 19 Ogos 1878 Baler, Aurora |
| Meninggal dunia | 1 Ogos 1944 Tasik Saranac, New York, Amerika Syarikat |
| Parti politik | Coalicion Nacionalista |
| Pasangan | Aurora Aragon |
| Tandatangan | |
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "religion"
Manuel Luis Quezon y Molina (19 Ogos 1878 – 1 Ogos 1944) ialah presiden pertama Komanwel Filipina. Di dalam negara Filipina, beliau dianggap sebagai Presiden kedua, selepas Emilio Aguinaldo (pentadbiran Aguinaldo tidak menerima pengiktirafan antarabangsa ketika itu dan tidak dianggap sebagai presiden Filipina yang pertama oleh Amerika Syarikat). Beliau merupakan seorang tokoh yang unggul kerana merupakan Presiden Senat pertama yang dipilih menjadi presiden, presiden pertama yang dipilih melalui pilihan raya umum, dan juga penjawat kini yang dipilih semula (untuk tempoh kedua yang separa, tetapi kemudian dilanjutkan melalui pindaan Perlembagaan 1935).