Mangsa serangan 11 September 2001

Serangan pengganas 11 September 2001 menyebabkan seramai 2,996 orang maut, termasuk 19 orang penyerang dan 2,977 orang mangsa. Mangsa-mangsa terdiri daripada yang berikut: 246 di keempat-empat pesawat (dan tiada yang terselaamt), 2,606 di Bandar Raya New York baik di dalam menara mahupun di darat, dan 125 lagi di Pentagon. Kesemua korban dalam serangan itu ialah orang awam, kecuali 55 kakitangan tentera yang terbunuh di Pentagon.

Lebih 90 buah negara kehilangan warganegaranya di World Trade Center. Pada tahun 2007, pejabat pemeriksaan perubatan Bandar Raya New York menambahkan Felicia Dunn-Jones ke dalam jumlah kematian rasmi serangan 11 September. Dunn-Jones meninggal pada Februari 2002 akibat masalah paru-paru yang disebabkan oleh debu yang terlepas oleh Pusat Dagangan Dunia. Leon Heyward, yang mati akibat limfoma pada 2008, ditambahkan ke dalam jumlah kematian rasmi pada tahun 2009.