Mana
Mana merupakan suatu pemangkuan kuasa dan semangat berniat yang dipercayai berada serata alam menurut kepercayaan orang-orang Melanesia dan Polinesia.
Ia memainkan peranan penting dalam pandangan alam kebudayaan orang Polinesia khususnya di mana pemunyaan "mana" ini dianggap juga mendatangkan pengaruh dan kecekapan dalam kehidupan seharian, dan sesiapa yang memegang mana ini layak diberi penghormatan sebaiknya.