Malin Åkerman

Malin Åkerman
Åkerman, 2024
Kelahiran
Malin Maria Åkerman

(1978-05-12) 12 Mei 1978
Kerakyatan
  • Sweden
  • Amerika
PekerjaanPelakon, model, penyanyi
Tahun aktif1997–kini
PasanganRoberto Zincone (k. 2007; c. 2014)
Jack Donnelly (k. 2018)
Anak-anak1

Malin Maria Åkerman (lahir 12 Mei 1978) ialah pelakon, model dan penyanyi Sweden-Amerika. Dilahirkan di Stockholm kepada ibu bapa berbangsa Sweden, beliau dibesarkan di Ontario, Kanada, di mana keluarganya menetap di sana pada 1980an. Pada awal 2000an, Åkerman mempunyai beberapa bahagian kecil dalam penerbitan Kanada dan Amerika, termasuk The Utopian Society (2003) dan Harold & Kumar Go to White Castle (2004). Susulan peranannya dalam siri komedi HBO The Comeback (2005), beliau meraih lakonan bersama pertamaya dalam filem komedi romantik The Heartbreak Kid (2007) dan 27 Dresses (2008). Åkerman menjayakan watak utama dalam filem adiwira Watchmen (2009) sebagai Silk Spectre II, di mana beliau dicalonoan di Anugerah Saturn bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Åkerman mempunyai peranan pembantu dalam filem 2009 The Proposal dam Couples Retreat. Pada tahun 2010, beliau menjadi salah seorang pelakon siri komedi Adult Swim Childrens Hospital, yang tamat pada 2016. Beliau berlakon dalam empat filem pada 2012, termasuk filem komedi Wanderlust dalam filem muzikal Rock of Ages. Beliau kemudian berlakon dalam siri komedi ABC Trophy Wife (2013–14). Pada tahun setrusnya, Åkerman berlakon dalam filem I'll See You in My Dreams (2015) dan Rampage (2018). Sejak 2016, Åkerman memegang watak utama dalam siri Showtime Billions sebagai Lara Axelrod.

Selain lakonan dan model, Åkerman juga aktif seketika dalam bidang muzik sebagai vokalis kumpulan rock alternatif The Petalstones pada awal 2000an, namun meninggalkannya kerana fokus pada kerjaya lakonan. Beliau telah berkahwin sebanyak dua kali, kepada pemain dram kumpulan itu, Roberto Zincone, dan dikurniakan seorang anak lelaki, dari 2007 hingga 2014, dan pelakon British Jack Donnelly, yang dikahwininya pada 2018.