Maleficent (filem)

Maleficent
PengarahRobert Stromberg
Lakon layarLinda Woolverton
Berdasarkan
Dihasilkan olehJoe Roth
Dibintangi
Dikisahkan olehJanet McTeer
SinematografiDean Semler
Disunting oleh
  • Chris Lebenzon
  • Richard Pearson
Muzik olehJames Newton Howard
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWalt Disney Studios
Motion Pictures
Tarikh tayangan
  • 28 Mei 2014 (2014-05-28) (United Kingdom)
  • 30 Mei 2014 (2014-05-30) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
97 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$180 juta
Pecah panggung$758.5 juta

Maleficent (/məˈlɛfɪsənt/ or /məˈlɪfɪsənt/) ialah sebuah filem fantasi Amerika Syarikat 2014 diarahkan oleh Robert Stromberg daripada lakon layar oleh Linda Woolverton dan dibintangi Angelina Jolie, Sharlto Copley, Elle Fanning, Sam Riley, Imelda Staunton, Juno Temple dan Lesley Manville.

Maleficent dibuka di Teater El Capitan, Hollywood pada Mei 28, 2014 dan ditayangkan di United Kingdom pada hari yang sama. Filem ini ditayangkan di A.S. pada Mei 30, 2014 menerusi format Disney Digital 3D, RealD 3D dan IMAX 3D serta teater konvensional. Ia menerima ulasan bercampur daripada pengkritik tetapi mencapai kejayaan komersial dengan mengutip $758 juta di seluruh dunia, menjadikannya filem dengan kutipan keempat tertinggi pada tahun 2014 dan filem dengan kutipan tertinggi yang dibintangi Jolie. Filem ini menerima satu pencalonan Anugerah Akademi untuk Rekaan Kostum Terbaik di Anugerah Akademi ke-87.