Malam Pisau Panjang
Malam Pisau Panjang (Night of the Long Knives) (Jerman: ⓘ), kadangkala dikenali sebagai Operasi Kolibri (bahasa Inggeris: Operatrion Hummingbird) atau, di Jerman, Putsch Röhm (Ejaan Jerman: [Röhm-Putsch] Error: {{Lang}}: text has italic markup (help)), atau kadangkala dengan nada mengejek [Reichsmordwoche] Error: {{Lang}}: text has italic markup (help), adalah satu peristiwa penyingkiran yang berlaku di Jerman dari 30 Jun hingga 2 Julai, 1934, apabila rejim Nazi melaksanakan satu siri pembunuhan politik. Tokoh-tokoh utama puak sayap kiri Parti Buruh Nasional-Sosialis Jerman (NSDAP) bersama pemimpin bonekanya Gregor Strasser telah dibunuh, begitu juga pengikut-pengikut konservatif terkenal anti-Nazi (seperti bekas Kanselor Kurt von Schleicher dan Gustav Ritter von Kahr, yang telah menyekat percubaan merampas kuasa Republik Weimar oleh NSDAP pimpinan Adolf Hitler pada tahun 1923). Ramai daripada mereka yang terbunuh dalam kalangan golongan Sturmabteilung, pasukan separa tentera NSDAP.
Hitler bertindak menentang SA dan pemimpinnya, Ernst Röhm, kerana beliau melihat kebebasan SA dan kecenderungan ahli-ahlinya untuk membuat keganasan jalanan sebagai satu ancaman terus kepada kuasa politik yang baru diperolehi. Hitler juga mahu menenteramkan pemimpin-pemimpin Reichswehr, iaitu tentera rasmi Jerman yang menakuti dan membenci SA-kerana cita-cita Röhm untuk menyerap Reichswehr ke dalam SA di bawah kepimpinannya sendiri. Selain itu, Hitler tidak selesa dengan sokongan lantang Röhm bagi mendapatkan "revolusi kedua" untuk mengagihkan semula kekayaan (dalam pandangan Röhm, Presiden Hindenburg melantik Hitler sebagai Canselor Jerman pada 30 Januari 1933 telah mencapai revolusi "kebangsaan" tetapi ada motif "sosialistik" yang tidak dipenuhi dalam Sosialisme Nasional). Akhir sekali, Hitler menggunakan operasi penyingkiran itu untuk menyerang atau menghapuskan pengkritik rejim barunya, terutama yang setia kepada Naib Kanselor Franz von Papen, dan juga untuk menyelesaikan perhitungan dengan musuh-musuh lama.
Sekurang-kurangnya 85 orang maut dalam operasi tersebut, walaupun angka kematian akhir mungkin bertambah beratus-ratus orang, dan lebih daripada seribu orang penentang telah ditangkap. Kebanyakan pembunuhan itu telah dilakukan oleh Schutzstaffel (SS) dan Gestapo (Geheime Staatspolizei), polis rahsia rejim. Operasi penyingkiran itu mengukuhkan sokongan Reichswehr kepada Hitler. Ia juga memberikan kekuatan undang-undang kepada rejim Nazi, kerana mahkamah dan kabinet Jerman dengan cepat mengenepikan larangan undang-undang selama berabad-abad terhadap pembunuhan tanpa kebenaran undang-undang untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada rejim. Malam Pisau Panjang merupakan titik perubahan bagi kerajaan Jerman. Ia menjadikan Hitler sebagai "hakim tertinggi rakyat Jerman," seperti yang dikatakan di dalam ucapannya pada 13 Julai 1934 kepada Reichstag.