Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
| IPG Kampus Ilmu Khas Institute of Teacher Education, Ilmu Khas Campus | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Cheras, Kuala Lumpur | |
| Maklumat | |
| Moto | "#ILoveIPGKIK"
"#BeDifferentBeSpecial" "#GoGlobalIGKIK" "#MelahirkanGuruVersatil" |
| Ditubuhkan | 1959 |
| Jumlah penuntut | Kursus persediaan, Ijazah Sarjana Muda & Kursus Sijil Perguruan Khas |
| Pengarah | DR. FARIDAH BINTI YAKOB |
| Timbalan Pengarah | PN. AZLINA BINTI AHMAD |
| Laman sesawang | Portal IPGKIK |
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas terletak di Cheras, Kuala Lumpur. Institut Pendidikan Guru Malaysia ini dibuka sejak 1962 dengan menawarkan kursus Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Pendidikan Khas Masalah Penglihatan, Pendidikan Khas Masalah Pendengaran, dan Pemulihan Khas. Sebagaimana maktab-maktab perguruan yang melatih bakal guru dari seluruh Malaysia, institut yang juga dikenali sebagai IPIK (kini IPG KIK) ini turut menyediakan kursus biasa seperti Pengajian Bahasa Melayu, Pengajian Bahasa Inggeris, Pengajian Muzik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual dan sebagainya.
IPG KIK telah mengalami beberapa perubahan sejajar dengan perkembangan pendidikan di Malaysia dan kini turut menawarkan Program Khas Pensiswazahan Guru untuk pendidikan khas secara berkembar dengan Universiti Kebangsaan Malaysia.