Makrofaj

Makrofaj
Makrofaj tikus - diwarnakan dengan tripan biru - memanjangkan "tangan" ("pseudopodium")-nya untuk menelan dua zarah yang berkemungkinan merupakan satu patogen.
Butiran
Pengenalpastian
nama bahasa Latinmacrophagocytus
MeSHD008264
THH2.00.03.0.01007
FMAFMA:63261
Terminologi anatomi
Paparan amaran: Page using Template:Infobox anatomy with unknown parameter "Code"

Makrofaj merupakan sejenis sel darah putih yang membentuk sebahagian dari sistem imun vetebrata yang menelan dan mencerna serpihan sel, bahan-bahan asing, mikrob-mikrob, sel kanser, dan apa-apa jua yang tidak mempunyai beberapa jenis protein yang khusus di atas permukaan sel-sel badan yang sihat. dalam satu proses yang dikenali sebagai fagositosis. Sel-sel fagosit yang besar ini secara amnya boleh ditemui di dalam semua jenis tisu-tisu, di mana mereka meronda untuk mencari patogen yang berpotensi melalui pergerakan amoeboid. Makrophage berasal dari monosit yang wujud dalam sistem darah dan boleh bergerak pada kawasan dijangkiti atau radang pada badan.