Foder
Foder atau pakan merupakan sesuatu bahan makanan asas tani yang digunakan khusus untuk memberi makan ternakan seperti lembu, kambing, biri-biri, kuda, ayam dan sebagainya. Kebanyakan foder ini asal tumbuhan, tetapi ada juga yang asal haiwan. "Foder" khusus memaksudkan makanan yang diberikan kepada haiwan (termasuk tumbuhan yang dipotong lalu diangkut kepada haiwan), daripada yang dicari makan sendiri (iaitu foraj). Antaranya ialah rumput kering, jerami, silaj, pakan mampat dan untilan, minyak-minyakan dan catuan campur, dan tunas biji-bijian dan kekacang.