Mak nyah (slanga)

Mak nyah (disebut [ˈmaʔ ˈɲa]), juga dieja sebagai maknyah, adalah terma kaum nyahpakaian yang merujuk kepada wanita trans (lelaki-kepada-wanita (MTF)) di Malaysia. Terma ini muncul pada akhir 1980-an untuk membezakan wanita trans dengan golongan minoriti lain.

Golongan wanita trans di Malaysia lebih gemar akan terma "mak nyah" berbanding terma-terma lain yang berbaur penghinaan (contohnya, pondan dan bapok), yang digunakan oleh penduduk Sarawak untuk merujuk kepada golongan transjantina. Pondan dan bapok turut digunakan untuk merujuk kepada lelaki gay dan individu transjantina lain. Walaupun jarang digunakan, terma pak nyah juga digunakan untuk merujuk kepada golongan lelaki transjantina.