Maju dan Sejahtera

Lagu Maju dan Sejahtera ialah lagu rasmi Wilayah Persekutuan, Malaysia bermula 12 Ogos 2006. Lagu versi baru dirasmikan pada 28 Januari 2011.

Senikata lagu Maju dan Sejahtera memenuhi hasrat kehidupan warga Wilayah Persekutuan.

Maju mencerminkan kemajuan yang dicapai dari segi ekonomi, politik, sosial, rohani, psikologi dan budaya.

Sejahtera dari segi aspek berikut:

  • Bandaraya yang berkualiti dan efisien yang mempunyai infrastrukur yang terancang dan berkualiti;
  • Sistem pengangkutan awam yang tepat, cepat dan selamat;
  • Keselamatan awam yang terjamin dan kemudahan rekreasi untuk memenuhi pelbagai keperluan masyarakat;
  • Keharmonian integrasi antara kaum dan penyertaan masyarakat untuk membentuk komuniti yang berhemah, berbudi bahasa dan berbudaya tinggi;
  • Pencapaian masyarakat yang berilmu, bermoral, beretika dan bersikap toleransi;
  • Pencapaian ekonomi dan peluang pekerjaan untuk masyarakat; dan
  • Nilai kebersihan, keselesaan dan penjagaan alam sekitar.