Majlis Perbandaran Kulai
Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) (مجليس ڤربندرن كولاي, Kulai Municipal Council) adalah kerajaan tempatan yang bertanggungjawab menjaga daerah Kulai. Majlis ini dinaik taraf dari Majlis Daerah Kulai (MDK) pada tahun 2004.
Kerajaan tempatan ini merangkumi sembilan kawasan di daerah Kulai iaitu Kulai, Saleng, Senai, Seelong, Sengkang, Sedenak, Kelapa Sawit, Ayer Bemban dan Bukit Batu.