Majlis Perbandaran Kemaman
| Majlis Perbandaran Kemaman | |
|---|---|
MPK | |
| Jenis | |
| Jenis | Kerajaan Tempatan |
| Kepimpinan | |
Yang Dipertua | FADLI YUSOF BIN ZAKARIA |
| Struktur | |
| Ahli | 23 orang ahli majlis |
| Moto | |
| Kemaman Idaman | |
| Tempat persidangan | |
| MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN,
Jalan Air Putih, 24000 Kemaman | |
| Laman sesawang | |
| https://mpk.terengganu.gov.my/ | |
| Perlembagaan | |
| Akta Kerajaan Tempatan 1976 | |
| sunting | |
Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) ialah sebuah majlis perbandaran di Terengganu, Malaysia. Ia mentadbir bandar Chukai.
Daerah ini dengan keluasan kira-kira 8,000 batu persegi (254,000 hektar) merupakan daerah ketiga terbesar di Terengganu selepas Hulu Terengganu dan Dungun. Bancian penduduk sekitar tahun 1970-an pula meletakkan daerah ini di tempat kedua terbesar dari segi bilangan penduduk selepas Kuala Terengganu.
Daerah Kemaman terbahagi kepada 11 mukim dengan pusat pentadbiran dan ekonominya tertumpu di bandar Chukai. Bentuk muka bumi daerah ini dapat dibahagikan kepada tiga kawasan utama iaitu:
- Kawasan pantai.
- Kawasan pedalaman
- Kawasan kaki bukit (terletak beberapa kilometer dari pantai).