Majlis Media Malaysia

Majlis Media Malaysia
Intisari badan Berkanun
Dibentuk14 Jun 2025 (2025-06-14)
JenisBadan Berkanun
Menteri bertanggungjawab
Timbalan menteri bertanggungjawab
Eksekutif badan Berkanun
  • Pengerusi Majlis, Premesh Chandran Jeyachandran
Agensi induk
Kementerian Komunikasi Malaysia


Majlis Media Malaysia (MMM) ialah sebuah badan bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia sebagai mekanisme kawal selia kendiri (self-regulation) bagi industri media negara. Majlis ini berperanan untuk mempromosi standard etika kewartawanan, menggalakkan kebebasan media secara bertanggungjawab serta menjadi saluran aduan berhubung laporan media di Malaysia.

Majlis ini ditubuhkan secara rasmi pada 14 Jun 2025 selepas Akta Majlis Media Malaysia 2024 diluluskan oleh Parlimen dan diwartakan. Tarikh ini juga bersempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025.