Majlis Daerah Rompin
| Majlis Daerah Rompin | |
|---|---|
| Jenis | |
| Jenis | Kerajaan Tempatan |
| Sejarah | |
| Diasaskan | 1 Julai 1988 |
| Kepimpinan | |
Yang Dipertua | Dato' Ahmad Nasim bin Dato' Haji Mohd Sidek (Disember 2019) |
| Struktur | |
| Ahli | 18 orang |
| Moto | |
| Keselesaan Bersama | |
| Tempat persidangan | |
| Majlis Daerah Rompin,
26800 Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur | |
| Laman sesawang | |
| https://mdrompin.gov.my/ms/ | |
| Perlembagaan | |
| Akta Kerajaan Tempatan 1976 | |
| sunting | |
Majlis Daerah Rompin (MDR) ialah salah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Pahang yang dipertanggungjawabkan dengan bidang tugas yang merangkumi aspek-aspek kawalan perniagaan, penguatkuasaan, kawalan pembangunan, percukaian, kebersihan dan sebagainya di daerah Rompin. Jumlah penduduk mengikut bancian tahun 2000 ialah 101,877 orang.
Majlis Daerah Rompin telah ditubuhkan pada 1 Julai 1988 melalui Warta Kerajaan Negeri Pahang No. 501 bertarikh 14 Jun 1988 dengan keluasan pentadbiran 127.23 kilometer persegi. Pada 1 November 2000 LKPT (DARA) telah dibubarkan. Ini menjadikan keluasan kawasan MDR yang baru adalah seluas 4,044.24 kilometer persegi melalui pelan warta PW 3536 termasuk kawasan operasi iaitu kira-kira 353.056 kilometer persegi berkuatkuasa 1 Januari 2002. Dengan
penwartaan ini maka seluruh Daerah Rompin adalah dibawah pentadbiran Majlis Daerah Rompin. Perluasan kawasan adalah meliputi seluruh Daerah Rompin kecuali Pulau Tioman dan Hutan Simpan. Pulau Tioman diletakkan di bawah pentadbiran Lembaga Pembangunan Tioman (TDA).