Majlis Daerah Ketereh
| Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam | |
|---|---|
| مجليس دايره كتيريه | |
| Jenis | |
| Jenis | Kerajaan Tempatan |
| Sejarah | |
| Diasaskan | 1 Januari 1979 |
Didahului oleh | Majlis Daerah Kota Bharu (MDKB) |
| Kepimpinan | |
Yang Dipertua | YABrs.Tuan Haji Rusydee Bin Abdullah |
Setiausaha Majlis | YBrs En. Mohd Azman Bin Ghazali |
| Struktur | |
| Ahli | 24 orang ahli majlis |
| Moto | |
| Bersatu Membangun Masyarakat | |
| Tempat persidangan | |
| Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam KM 19, Jalan Kuala Krai, 16450 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. | |
| Laman sesawang | |
| https://mdketereh.kelantan.gov.my/ | |
| Perlembagaan | |
| Akta Kerajaan Tempatan 1976 | |
| sunting | |
Majlis Daerah Ketereh (MDK) ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Januari 1979 bersamaan 2 Safar 1399H dengan nama Majlis Daerah Kota Bharu (MDKB) hasil gabungan tiga buah Majlis Tempatan dibawah penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di Kelantan dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).Tiga Majlis Tempatan yang terlibat adalah Majlis Tempatan Pangkal Kalong, Majlis Tempatan Kadok dan Majlis tempatan Peringat. Nama Majlis Daerah Kota Bharu ditukar kepada Majlis Daerah Ketereh pada 31 Januari 2006 bersamaan 1 Muharam 1427H.
Pada tanggal 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharram 1432H, Majlis Daerah Ketereh telah diisytiharkan sebagai Perbandaran Islam dan telah dikenali sebagai Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI).