Majlis Daerah Jerantut

Majlis Daerah Jerantut
Jenis
Jenis
Kerajaan Tempatan
Sejarah
Diasaskan2 Oktober 1982
Didahului oleh
Lembaga Bandaran
Struktur
Ahli16 orang ahli majlis
Tempat persidangan
MAJLIS DAERAH JERANTUT

Jalan Maljis 27000 Jerantut

Pahang Darul Makmur
Laman sesawang
https://www.mdjerantut.gov.my/ms
Perlembagaan
Akta Kerajaan Tempatan 1976
sunting


Majlis Daerah Jerantut telah diwartakan pada 18 Februari 1982 melalui No. Warta P.W. No.65 dan dikuatkuasakan bermula pada 1 Mac 1982 bagi menggantikan Lembaga Bandaran Jerantut yang telah ditubuhkan pada 1 Julai 1960 mengikut warta kerajaan Bil. 230/60 di bawah Enakmen Lembaga Bandaran FMS Cap. 137. Penubuhan Majlis Daerah Jerantut ini telah mengubah kawasan pentadbiran sedia ada Lembaga Bandaran Jerantut dimana kawasan-kawasan baru yang berpotensi dan mempunyai penduduk yang ramai telah dimasukkan. Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur telah bersetuju menerima pakai Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) pada 1 September 1979. Bermula dari tarikh itu maka bermulalah penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di Negeri Pahang dan dinaikkan taraf sebagai Majlis Daerah.