Maia Estianty

Maia Estianty
Maklumat latar belakang
Nama lahirMaia Estianty
Juga dikenali
sebagai
Maia Ahmad
Kelahiran (1976-01-27) 27 Januari 1976
Surabaya, Jawa Timur, Indonesia
WarganegaraIndonesia
GenrePop rock, R&B, jazz, dance, klasik
PekerjaanPenyanyi, Pelakon, Komposer, Penari
Alat muzikSuara
Tahun aktif2003 - kini
Syarikat rakamanSony Music Indonesia
Le Moesiek
Kegiatan berkaitanRatu, Duo Maia
Anggota keluarga/pasangan
Suami/isteriAhmad Dhani
Irwan D. Mussry (en)
AnakAl Ghazali
Ahmad El Jallaludin Rumi (en)
Dul Jaelani (en)
Pautan berkaitan
Tapak sesawangmaiaestianty.com
Pautan lain
sunting ยท sunting di Wikidata

Maia Estianty (lahir 27 Januari 1976), atau lebih dikenali sebagai Maia Ahmad semasa perkahwinannya dengan ketua kumpulan Dewa 19 Ahmad Dhani, merupakan penulis lagu, penerbit muzik, penyanyi, penari dan pelakon Indonesia.

Dilahirkan di Surabaya, Jawa Timur, Maia menunjukkan minat terhadap muzik pada usia yang muda, memenangi pertandingan pancaragam ketika masih bersekolah rendah. Beliau memulakan latihan sebagai DJ ketika masih di bangku sekolah tinggi; pada masa itulah beliau pertama kali bertemu Dhani. Selepas belajar di Universiti Indonesia, Maia menyertai Dewa 19 sebagai vokalis latar. Pada tahun 1999, Maia dan Dhani hadir dengan idea untuk duo muzik kumpulan Ratu. Beliau bermain alat muzik, manakala dua ahlinya - pertama Pinkan Mambo, kemudian Mulan Jameela - menjadi penyanyi. Ratu ialah salah satu kumpulan muzik Indonesia yang amat berjaya. Selepas pembubaran kugiran ini pada 2007 dan perceraiannya pada September 2008, Maia mewujudkan Duo Maia bersama Mey Chan. Beliau kini memberi tumpuan kepada menghasilkan muzik dengan label beliau, Le Moesik.