Mahmud bin Mat

Dato' Setia Wangsa Sir Mahmud bin Mat adalah Menteri Besar Pahang pertama (1 Februari 1948 - 1 Februari 1951). Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang ketika itu terletak di Kuala Lipis, Pahang.

Beliau juga merupakan orang Melayu pertama yang dilantik sebagai Pegawai Daerah Bentong. Pada zaman penjajahan British, beliau pernah menjadi pegawai Kelas IV, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaya (Malayan Civil Service). Mahmud bin Mat juga bekas Speaker Majlis Persekutuan.

Pada 1951 beliau menjadi Menteri Tanah, Lombong dan Komunikasi dalam Kementerian pertama Persekutuan Tanah Melayu. Turut dilantik ialah Dato Onn Jaafar - Menteri Dalam Negeri ; Tengku Yaakob ibni Sultan Abdul Hamid - Menteri Pertanian dan Perhutanan; Dr Lee Tiang Keng - Menteri Kesihatan ; Mr J.D Mead - Menteri Kerjaraya dan Perumahan dll.