Mahmud Abu Bekir Abdul Taib
Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib adalah rakyat Malaysia merupakan anak kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau berkahwin dengan Datin Seri Shahnaz Abdul Majid pada 9 Januari 1992 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang bernama Raden Murya yang kini berusia 17 tahun. Datin Seri Shahnaz Abdul Majid merupakan kakak kepada ratu jazz Malaysia, Sheila Majid.
Pada 11 Mei 2011, beliau telah bercerai dengan Datin Seri Shahnaz dengan talak satu, mahkamah memutuskan anak lelaki pasangan berkenaan diletakkan di bawah penjagaan ibunya.