Maharaja Suci Rom

Maharaja Suci Rom
مهاراج سوچي روم
Bekas keberajaan
Reichsadler (Helang Maharaja) digunakan oleh maharaja
dari zaman pertengahan tinggi
Reichsadler berkepala dua digunakan oleh maharaja Habsburg dari zaman moden awal
Raja pertama Charlemagne (sebagai Maharaja Rom)
Raja terakhir Francis II (sebagai Maharaja Rom terpilih)
Gaya Duli Yang Maha Mulia Baginda Maharaja
Pelantik lihat Kemahkotaan Maharaja Suci Rom
Keberajaan bermula 25 Disember 800
Keberajaan tamat 6 Ogos 1806
Penuntut terkini Jawatan dimansuhkan

Maharaja Suci Rom (Jerman: Römisch-deutsche, Bahasa Latin: Romanorum Imperator) ialah satu istilah yang digunakan bagi menghuraikan ketua negara yang memerintah Empayar Suci Rom, sebuah wilayah kesatuan Eropah Tengah yang wujud pada Zaman Pertengahan dan Zaman Moden awal. Asal kewujudan Empayar Suci Rom boleh dijejak bermula pada pemerintahan Charlemagne dari Empayar Carolingia. Sehingga abad ke-16, Maharaja Rom Suci ditabalkan oleh Paus, dan maharaja terakhir, Francis II, diturunkan dari takhta pada tahun 1806 semasa Perang Napoleon yang menyebabkan kejatuhan sepenuhnya empayar ini.