Magpie

Magpie
Magpie Eurasia
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genera
  • Pica
  • Urocissa
  • Cissa
  • Cyanopica

Magpie adalah burung dalam keluarga Corvidae (gagak). Magpie Eurasia hitam dan putih secara meluas dianggap sebagai salah satu haiwan paling bijak di dunia dan salah satu dari beberapa haiwan bukan mamalia yang boleh mengecam diri sendiri dalam ujian cermin. Selain dari anggota dalam genus Pica, corvid yang dianggap sebagai magpie adalah dari genus Cissa.

Magpie dalam genus Pica secara umumnya boleh ditemui di Eropah, Asia dan barat Amerika Utara, di mana populasinya juga kini ditemui di Tibet dan tanah tinggi di India, i.e. Ladakh (Kargil dan Leh) dan Pakistan. Magpie dari genus Cyanopica boleh ditemui di Asia Timur dan juga Semenanjung Iberia. Burung-burung yang dipanggil sebagai magpie di Australia, bagaimanapun tiada kaitan dengan magpie di seluruh dunia (lihat magpie Australia).