Karnivor
Karnivor atau maging merujuk kepada hidupan pemangsa yang memakan haiwan lain atau daging haiwan lain sebagai bekalan tenaga dan nutrisi yang diperlukan untuk terus hidup, baik secara langsung mahupun tidak langsung (sebagai pebangkai).
Haiwan-haiwan yang hanya bergantung pada daging haiwan untuk nutrisinya disebut karnivor obligat dan haiwan-haiwan yang juga memakan sumber bukan haiwan disebut karnivor fakultatif; ia termasuk omnivor namun terlepas dari definisi yang lebih umum, tidak ada batasan nisbah antara sumber makanan dari tumbuhan dan haiwan yang dapat membezakan karnivor fakultatif dari omnivor. Karnivor yang menduduki puncak rantai makanan disebut predator tingkat tinggi.