M Mall O2O
| Lokasi | George Town, Pulau Pinang, Malaysia |
|---|---|
| Koordinat | 5°24′42″N 100°19′34″E / 5.411723°N 100.326203°E |
| Tarikh pembukaan | 2015 |
| Pemilik | Ivory Properties Group |
| Keluasan lantai peruncitan | 353,317 ka2 (32,824.2 m2) |
| Bil. tingkat | 4 |
| Laman web | mmallo2o |
M Mall O2O ialah pusat beli-belah di George Town, Pulau Pinang, Malaysia. Dibuka pada 2015, ia membentuk sebahagian Penang Times Square di Jalan Dato Keramat.
Pusat beli-belah empat tingkat ini mengandungi perhiasan terdiri daripada mural dam replika gaya hidup dan mercu tanda terkenal Pulau Pinang. Lantai runcit termasuk kawasan-kawasan tematik, dengan masing-masing direka untuk meniru negara yang berbeza. Di samping itu, pusat membeli-belah, dengan lebih daripada 500 kedai runcit, juga menempatkan muzium lilin pertama di Pulau Pinang.
Paling utama, M Mall O2O ialah pusat membeli-belah pertama di Pulau Pinang untuk memperkenalkan mata wang maya sebagai mod pembayaran. Ini telah memcetuskan kontroversi, bagaimanapun, membawa kepada serbuan polis di pusat beli-belah ini pada 2017.