MOWAG
MOWAG adalah sebuah syarikat dari Switzerland yang merekabentuk, membangunkan dan mengeluarkan kenderaan berperisai untuk kegunaan ketenteraan di dalam konfigurasi darat dan amfibia. Berat kenderaan yang dihasilkan adalah di antara 7 hingga 25 tan. Lebih daripada 12,000 buah kenderaan berperisai dari jenis MOWAG Piranha, MOWAG Eagle dan MOWAG DURO digunakan dengan pasukan bersenjata di seluruh dunia.