MBLAQ

MBLAQ
MBLAQ pada tahun 2010 - Dari kiri ke kanan:
Seungho, Thunder, Joon, Mir dan G.O
Maklumat latar belakang
AsalKorea Selatan , Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2009
DiskografiLihat: MBLAQ discography (en)
Syarikat rakamanJ. Tune Camp (en)
Kegiatan berkaitanRain
AnggotaLee Joon (2009–2014)
Thunder (penyanyi)
Seungho
G.O
Bang Mir
Pautan berkaitan
Tapak sesawangm-blaq.com
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

MBLAQ (Korea: 엠블랙, Jepun: エムブラック; singkatan daripada Music Boys Live in Absolute Quality (Muzik Lelaki Hidup dalam Kualiti yang Mutlak)) merupakan kumpulan muzik lelaki dari Korea Selatan yang dibentuk oleh penyanyi Korea Selatan Rain di bawah J. Tune Camp. Kumpulan ini terdiri daripada lima orang ahli iaitu Seungho, G.O, Mir dan bekas ahli Lee Joon dan Thunder. Kumpulan ini membuat kemunculan pertama kalinya pada 9 Oktober 2009 di konsert Rain, Legend of Rainism.

Pada 14 Oktober 2009, MBLAQ melancarkan album single debut mereka iaitu Just BLAQ dimana ia mendapat kedudukan pertama dalam pelbagai carta muzik di Korea Selatan. Kumpulan ini kemudiannya melancarkan album mini pertama mereka Y pada 19 Mei 2012 dan album studio pertama mereka pula ialah BLAQ Style pada 10 Januari 2011.

Pada 16 Disember 2014, telah diumumkan Joon dan Thunder telah meninggalkan MBLAQ dan mereka akan menumpukan pada aktiviti individu buat masa ini.