MALBAT
MALBAT (MALaysia BATalion) merujuk pada batalion ketenteraan Malaysia yang bertugas di luar negara, biasanya sebagai sebahagian daripada pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
MALBATT I (Batalion Malaysia I) bertugas dengan Pasukan Perlindungan PBB (UNPROFOR) pada 1993 untuk mengawasi gencatan senjata dan juga mengawasi pelucutan senjata puak-puak yang bertelagah di Bosnia. Unit tersebut kemudiannya diganti oleh 2 Armor yang berkhidmat sebagai MALBATT II dalam tahun 1994 – 1995. 4 Armor berkhidmat sebagai MATBATT IV dan MALCON I (kontinjen Malaysia I) misi IFOR di bawah naungan NATO. Pasukan Malbat 5 pula terdiri daripada lima pegawai dan 68 anggota lain-lain pangkat Rejimen Ke-4 Kor Armour Diraja (4 KAD) yang berlepas ke Lebanon pada Oktober 2012. MALBATT 850 - 1 kontigen yang terdiri dari 300 kakitangan MAF dan RBAF yang berlepas dari Malaysia ke Lebanon pada 22 Oktober 2013.