Pelancar bom tangan M203
| Pelancar Bom Tangan M203 | |
|---|---|
M203 yang dikembarkan dengan raifal tempur M16A1 | |
| Jenis | Pelancar Bom Tangan |
| Tempat asal | Amerika Syarikat |
| Sejarah perkhidmatan | |
| Digunakan oleh | Amerika Syarikat, Israel, Kanada, Australia, Argentina, Colombia, Malaysia, New Zealand, Sweden, Singapura, Chile, Greece, Ireland. |
| Sejarah pengeluaran | |
| Kos unit | AS$601 |
| Spesifikasi | |
| Berat | 3 paun (1.36 kg) (tanpa peluru) |
| Panjang laras | 12 inci (305mm) |
| Kartrij | 40 x 46 mm Grened |
| Kaliber | 40mm |
| Aksi | Satu das |
| Kadar tembakan | 5 hingga 7 butir seminit |
| Halaju muncung | 250 kaki sesaat (76 m/s) |
| Jarak tembakan efektif | 160 ela (150 m) |
| Jarak tembakan maksimum | 1,312 kaki (400 m) |
| Penglihatan | Pejera sukuan atau tangga pada raifal |
Pelancar grened M203 secara amnya merujuk kepada senjata tentera Amerika Syarikat untuk pelancar grenad 40mm satu das yang dipasang pada raifal tempur M16 atau Karbin Colt M4.
M203 mempunyai kelainan-kelainannya yang tersendiri serta juga versi-versi yang boleh digunakan pada pelbagai raifal yang lain. Peranti itu dipasang di bawah laras, dan di hadapan kelopak peluru. Picunya hanya sedikit di hadapan kelopak peluru raifal tersebut. Kelopak peluru raifal berperanan sebagai penggenggam tangan ketika melancarkan grenad M203. Sebuah sistem pejera yang berasingan ditambahkan pada raifal yang dipasang dengan M203, kerana pejera piawai raifal itu tidak sepadan dengan pelancar ini. M203 dapat melancarkan grened biasa (Frag), grened berkuasa tinggi (High Explosive), asap, bom cahaya dan gegaran (Flashbang/Stun Grenade), peluru Buckshot, dan gas pemedih mata, serta juga grenad latihan.