M. Sani

M. Sani
Nama lahirMd. Sani bin Abu Yamin
Kelahiran1952 (1952)
Kuala Lumpur, Malaysia
WarganegaraMalaysia
Meninggal dunia10 Januari 2022(2022-01-10) (umur 69–70)
Hospital Kuala Lumpur, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
Alat muzikVokal
Tahun aktif1970-an
Syarikat rakamanEMI (Malaysia) Sdn. Bhd.
Kegiatan berkaitanSharifah Aini
sunting · sunting di Wikidata

M. Sani (dilahirkan sebagai Md. Sani bin Abu Yamin, 1952 – 10 Januari 2022) merupakan seorang penyanyi yang berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau juga merupakan bekas "Juara Bintang RTM 1971" dan menerima hadiah wang sebanyak $1000 di samping pingat dan piala pusingan. Beliau kemudiannya mendapat peluang untuk merakamkan album bersama syarikat rakaman EMI. Antara album beliau ialah Kerna Senyum Ku Terpikat (1974) selain beberapa album EP seperti Rindu Hati Ku Tidak Terkira dan Sedangkan Lidah Lagi Tergigit.