Luscious
Luscious ialah kumpulan pop R&B Malaysia yang ditubuhkan pada 2007. Ahli kumpulan ini terdiri daripada Nadia Aqilah , Ruzana Ibrahim dan Eenaz Mokhtar. Kumpulan ini mula terkenal apabila menjadi salah satu peserta rancangan TV realiti Gang Starz terbitan TV3, di mana mereka telah tersingkir pada minggu kelapan.
Eenaz yang kini bergiat aktif sebagai penulis skrip dan penerbit drama, manakala Nadia dan Ruzana kini bergiat aktif sebagai pelakon.