Luruhan nuklear

Luruhan nuklear ialah sisa bahan radioaktif yang terapung di ke atas atmosfera berikutan sebuah letupan nuklear lalu ia "luruh" dari langit selepas berlalunya letupan dan gelombang kejutan. Ia biasanya merujuk kepada debu dan abu radioaktif yang terhasil daripada letupan sesuatu senjata nuklear. Luruhan ini mungkin akan terperangkap bersama awan pirokumulus lalu turun sebagai hujan hitam (black rain, hujan yang dihitamkan jelaga dan partikel lain).

Debu radioaktif ini biasanya terdiri dari campuran produk pembelahan dengan atom berdekatan yang diaktifkan neuronnya melalui pendedahan. Ia ialah sejenis pencemaran radioaktif yang sangat berbahaya.