Lurah
Lurah ialah ketua Kelurahan yang berfungsi sebagai petugas untuk daerah Kabupaten atau Kota di Indonesia. Seorang Lurah bertugas di bawah dan bertanggungjawab kepada Camat. Tugas Lurah adalah untuk melaksanakan fungsi-fungsi kerajaan yang diarahkan oleh Camat serta arahan-arahan yang lain berdasarkan peraturan dan undang-undang.
Istilah Lurah sering kali dikelirukan dengan jawatan Ketua Kampung atau Kepala Desa. Sememangnya di Jawa pada umumnya, ketua Desa dikenali sebagai Lurah secara sejarah. Namun dalam konteks Pemerintahan Indonesia, sebuah Kelurahan diketuai oleh Lurah, manakala Desa dipimpin oleh Kepala Desa. Tentu sahaja kedua-dua ini berlainan kerana Lurah ialah pegawai perkhidmatan awam yang bertanggungjawab kepada Camat, manakala Kepala Desa biasanya dijawat oleh sesiapa sahaja yang memenuhi syarat, dan dipilih langsung oleh rakyat melalui Pilihan Raya Kepala Desa (Pilkades).