Luncur laju balapan panjang

 

Luncur laju balapan panjang
لونچور لاجو بالڤن ڤنجڠ
Elma de Vries dalam acara Luncur Laju 5000m Sukan Olimpik 2010, Vancouver
Badan induk tertinggiKesatuan Luncur Antarabangsa
Ciri-ciri
Jantina bercampurYa
Kemunculan
Sukan Olimpik1924

Luncur laju balapan panjang (Jawi: لونچور لاجو بالڤن ڤنجڠ‎ ​), yang biasanya hanya dirujuk sebagai luncur laju, adalah disiplin Olimpik dalam luncur laju di mana peserta dicatat masanya semasa melintasi jarak yang ditetapkan. Ia juga merupakan sukan untuk rekreasi. Sukan seperti maraton luncur ais, luncur laju balapan pendek, luncur laju kasut roda, dan luncur laju empat roda juga dipanggil luncur laju.

Luncur laju balapan panjang sangat popular di Belanda dan juga mempunyai atlet juara dari Austria, Kanada, China, Finland, Jerman, Jepun, Itali, Norway, Poland, Korea Selatan, Rusia, Sweden, Republik Czech, dan Amerika Syarikat. Peluncur laju mencapai kelajuan maksimum 60 km/j (37 batu sejam).