Luiz Inácio Lula da Silva

Luiz Inácio Lula da Silva
Potret rasmi, 2023
Presiden Brazil
Menyandang jawatan
1 Januari 2023
Naib PresidenGeraldo Alckmin
Didahului olehJair Bolsonaro
Dalam jawatan
1 Januari 2003 – 1 Januari 2011
Naib PresidenJosé Alencar
Didahului olehFernando Henrique Cardoso
Digantikan olehDilma Rousseff
Ketua Parti Buruh Brazil
Dalam jawatan
10 Februari 1980 – 15 November 1994
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Maklumat peribadi
Lahir (1945-10-27) 27 Oktober 1945
Caetés, Brazil
Parti politikParti Buruh Brazil
PasanganMaria de Lurdes (meninggal)
Marisa Letícia Rocco Casa
AnakFábio Luís
Lurian Cordeiro
Luís Cláudio
Marcos Cláudio (Adopted)
Sandro Luís
KediamanSão Bernardo do Campo
Bidang pengkhususanPekerja automotif
Penganjur kesatuan
Tandatangan

Luiz Inacio Lula da Silva (lahir Luiz Inacio da Silva pada 27 Oktober 1945), lebih dikenali sebagai Lula, ialah seorang ahli politik dan ketua kesatuan yang merupakan Presiden Brazil ke-39 dan terkini sejak tahun 2023. Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Presiden Brazil ke-35 dari tahun 2003 hingga tahun 2010. Beliau diiktiraf sebagai tokoh yang paling berpengaruh dalam 100 pemimpin dunia 2010.

Beliau telah bertanding semula untuk jawatan presiden tiga kali namun gagal dalam Pilihan raya presiden Brazil 1989. Lula mencapai kemenangan pada 2002, dan dilantik sebagai Presiden Brazil pada 1 Januari 2003. Dalam Pilihan raya Brazil 2006 beliau terpilih semula untuk penggal kedua yang tamat pada 1 Januari 2011.

Pada 12 Julai 2017, beliau telah disabitkan rasuah (lebih khusus, jenayah rasuah yang dalam undang-undang jenayah Brazil ditakrifkan oleh penerimaan rasuah oleh seorang penjawat awam atau pegawai kerajaan) dan pelaburan wang haram dan dihukum sembilan tahun dan enam bulan di penjara oleh hakim Sérgio Moro. Hukuman beliau tersebut kemudiannya ditarik semula dan digugurkan oleh Mahkamah Agung Brazil kerana hakim yang menjatuhkan hukuman terhadap da Silva adalah berat sebelah, sekaligus memulihkan semula hak politik beliau.

Pada pilihan raya Brazil tahun 2022, da Silva menewaskan presiden Jair Bolsonaro dan dijangka akan mengangkat sumpah sebagai presiden pada 1 Januari 2023.