Lufya Omar
Lufya Omar | |
|---|---|
| Kelahiran | Lutfyah binti Sheikh Omar 2 Februari 1985 |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
| Tahun aktif | 2008–kini |
| Anak-anak | 1 |
| Ibu bapa | Sheikh Omar Sheikh Abdullah (bapa) |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Pop, R&B |
| Alat muzik | Vokal |
Lutfyah binti Sheikh Omar (lahir 2 Februari 1985) atau lebih dikenali sebagai Lufya Omar (Jawi: لوفيا عمر ) merupakan seorang pelakon dan bekas penyanyi wanita Malaysia. Beliau juga merupakan pencipta lagu keagamaan berjudul Doaku yang menjadi lagu tema drama Ramadan Jangan Pergi.
Beliau juga merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim keenam pada tahun 2008. Sekarang, Lufya lebih kearah bidang lakonan selepas bersara dari bidang nyanyian pada tahun 2015.