Ludwig II dari Bavaria

Ludwig II
Ludwig sekitar 1874
Raja Bavaria
Pemerintahan10 Mac 1864 – 13 Jun 1886
Didahului olehMaximilian II
Diikuti olehOtto
Keputeraan(1845-08-25)25 Ogos 1845
Istana Nymphenburg, Munich, Bavaria
Kemangkatan13 Jun 1886(1886-06-13) (umur 40)
Tasik Starnberg, Bavaria, Empayar Jerman
PemakamanGereja St. Michael, Munich
Nama penuh
Ludwig Otto Friedrich Wilhelm
KerabatKerabat Wittelsbach
AyahandaMaximilian II dari Bavaria
BondaMarie dari Prusia
AgamaKatholik Rom
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "1 = Monarch "
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "imgw"

Ludwig II atau Ludwig Otto Friedrich Wilhelm, (25 Ogos 1845 – 13 Jun 1886) adalah Raja Bavaria bermula pada tahun 1864 sehingga kematian beliau. Beliau kadang kala dipanggil sebagai Raja Angsa dan der Märchenkönig, Raja Cerita Dongeng. Beliau juga memegang gelaran Count Palatine dari Rhine, Duke Bavaria, Duke Franconia, dan Duke Swabia.

Beliau menaiki takhta pada umur 18 tahun. Dua tahun kemudian Bavaria ditakhluk oleh Prusia, dan menjadi sebahagian daripada Empayar Jerman. Ludwig kekal menjadi Raja Bavaria, tetapi tidak mempedulikan urusan kerajaan bagi menumpukan kepada projek seni dan senibina. Beliau menyiapkan pembinaan dua buah istana mewah dan Istana kota Neuschwanstein.

Ludwig menghabiskan kesemua dana diraja (tanpa menggunakan dana kerajaan) ke atas projek-projek ini, kuat meminjam, dan tidak mempedulikan cubaan oleh para menteri beliau untuk menyekat beliau. Keadaan ini menyebabkan beliau dianggap gila, satu dakwaan yang kemudian dibuktikan tidak benar.

Ludwig diakui dan dikagumi oleh ramai penduduk Bavaria pada masa sekarang di sebabkan oleh legasi senibina dan seni yang ditinggalkan oleh beliau. Ia menjadi tarikan pelancong di Bavaria.