Lucy Liu
Lucy Liu | |
|---|---|
Lucy Liu di San Diego Comic-Con 2012 | |
| Kelahiran | Lucy Alexis Liu Yu Ling 2 Disember 1968 |
| Pendidikan | Sekolah Tinggi Stuyvesant |
| Pusat pendidikan | Universiti Michigan |
| Pekerjaan | Pelakon, Pelakon suara, Pengarah, Artis, Penyanyi, Penari, Model |
| Tahun aktif | 1990 - kini |
| Ketinggian | 160 cm (5 ka 3 in) |
| Anak-anak | 1 |
| Laman web rasmi | lucyliu |
| Lucy Liu | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Tulisan Cina Tradisional | 劉玉玲 | ||||||||
| Tulisan Cina Ringkas | 刘玉玲 | ||||||||
| |||||||||
Lucy Alexis Liu Yu Ling (lahir 2 Disember 1968) ialah pelakon, pelakon suara, pengarah, penyanyi, penari, model, dan artis Amerika Syarikat yang terkenal kerana memegang watak Ling Woo dalam siri televisyen Ally McBeal (1998–2002), in O-Ren Ishii dalam Kill Bill, dan Joan Watson dalam Elementary (2012–2019). Sepanjang kerjayanya, beliau telah menerima dua Anugerah Screen Actors Guild dan telah memenangi Anugerah Drama Antarabangsa Seoul untuk Pelakon Wanita Terbaik. Beliau telah dicalonkan untuk Anugerah Emmy Primetime untuk Pelakon Cemerlang dalam Siri Komedi, dan telah menerima pencalonan untuk tiga Anugerah People's Choice dan dua Anugerah Saturn.
Filem-filem lakonan beliau termasuk Payback (1999), Charlie's Angels (2000), Shanghai Noon (2000), Chicago (2002), Charlie's Angels: Full Throttle (2003), Kill Bill: Volume 1 (2003), Kill Bill: Volume 2 (2004), Lucky Number Slevin (2006), The Man with the Iron Fists (2012), dan Set It Up (2018).
Liu juga ialah pelakon suara dan telah meminjamkan suaranya untuk watak Master Viper dalam francais Kung Fu Panda (2008-2016). Beliau juga menyumbangkan suaranya untuk watak Silvermist dalam Tinker Bell and the Lost Treasure (2009), Tinker Bell and the Great Fairy Rescue (2010), Pixie Hollow Games (2011), Secret of the Wings (2012), The Pirate Fairy (2014), dan Tinker Bell and the Legend of the NeverBeast (2015). Lakonan suaranya yang lain termasuk Mulan II (2004), dan juga versi alih suara Mandarin dan Inggeris Magic Wonderland (2014) dan The Tale of the Princess Kaguya (2013).
Pada tahun 2008, beliau membintangi drama komedi ABC, Cashmere Mafia, sebagai Mia Mason, yang berakhir selepas satu musim ringkas. Rancangan itu ialah salah satu daripada hanya beberapa rancangan televisyen Amerika untuk mempunyai pelakon utama Asia Amerika. Pada tahun 2012, Liu menyertai pelakon siri TNT Southland dalam peranan berulang Jessica Tang, yang mana beliau memenangi Anugerah Televisyen Pilihan Pengkritik untuk Pelakon Tetamu Wanita Drama Terbaik.