Lucius Cornelius Sulla

Lucius Cornelius Sulla
Patung kepala Sulla di Glyptothek Munich
Dictator Republik Rom
Dalam jawatan
82 or 81 BC – 81 BC
Didahului olehGaius Servilius Geminus in 202 BC
Digantikan olehGaius Julius Caesar in 49 BC
Konsul Republik Rom
Dalam jawatan
88 BC – 88 BC
Didahului olehGnaeus Pompeius Strabo dan Lucius Porcius Cato
Digantikan olehLucius Cornelius Cinna dan Gnaeus Octavius
Konsul Republik Rom
Dalam jawatan
80 BC – 80 BC
Didahului olehGnaeus Cornelius Dolabella and Marcus Tullius Decula
Digantikan olehAppius Claudius Pulcher and Publius Servilius Vatia
Maklumat peribadi
Lahirca. 138 BC
Rom, Republik Rom
Meninggal dunia78 BC (usia sekitar 60)
Puteoli, Republik Rom
Parti politikOptimate
PasanganIsteri pertama Julia Caesaris, Isteri kedua Aelia, isteri ketiga Cloelia, isteri keempat Caecilia Metella, isteri kelima Valeria
AnakPompeia, Lucius Cornelius Sulla, Cornelia, Faustus Cornelius Sulla, Cornelia Fausta, Cornelia Postuma

Lucius Cornelius Sulla Felix (c. 138 BC – 78 BC), biasanya dikenali sebagai Sulla, merupakan jeneral dan negarawan Rom. Dia menonjol kerana memegang jawatan konsol Rom sebanyak dua kali, dan juga sebagai ditaktor Rom. Dia merupakan salah seorang agung yang disanjung dalam sejarah Rom, dimasukkan dalam himpunan biografi ahli politik dan jeneral, berasal dari himpunan biografi Rom terkenal, diterbitkan oleh Marcus Terentius Varro. Dalam Sulla Plutarch, siri terkenal - Kehidupan Selari ("Parallel Lives"), Sulla dipasangkan bersama jeneral dan pakar strategi Spartan Lysander.

Jawatan ditaktor Sulla muncul semasa kemuncak dalam pergelutan antara optimates dan populares, yang sebelumnya cuba mengekalkan kuasa oligarchy dalam bentuk Senate sementara yang berikutnya berpaling dalam kebanyakan kes populism tulin (kepopularan sepenuhnya), emuncak dengan ditaktorship Caesar. Sulla merupakan jeneral yang tulin, berbakat dan mahir, tidak pernah kalah dalam pertempuran; dia kekal sebagai orang tunggal yang telah menyerang dan menduduki kedua-dua Athens dan Rome. Saingannya, Gnaeus Papirius Carbo, menggambarkan Sulla sebagai memiliki kepintaran rubah dan keberanian seekor singa - tetapi yang sebelumnya dianggap olehnya sebagai jauh lebih merbahaya. Campuran ini kemudiannya dirujuk oleh Machiavelli dalam gambarannya bagi ciri-ciri ideal bagi seseorang pemerintah.

Sulla menggunakan tenteranya untuk berbaris ke perang saudara Sulla sebanyak dua kali, dan selepas kali kedua dia menghidupkan kembali jawatan diktator, yang tidak pernah digunakan sejak Perang Punik Kedua lebih satu kurun sebelumnya. Dia menggunakan kuasanya bagi melaksanakan beberapa siri pembentukan semula Perlembagaan Rom, bertujuan bagi mengembalikan keseimbangan kuasa antara Senate Rom dan Tribune Plebeian; dia kemudiannya mengejutkan Dunia Rom (dan selamanya) dengan meletak jawatan ditaktor, mengembalikan kerajaan berpelembagaan normal, dan selepas Consulship keduanya, bersara pada kehidupan persendirian.