Lovi Poe
Lovi Poe | |
|---|---|
Poe di Festival Filem Antarabangsa Venice ke-69, September 2012 | |
| Maklumat latar belakang | |
| Nama lahir | Lourdes Virginia Moran-Poe |
| Juga dikenali sebagai | Lovi |
| Kelahiran | 11 Februari 1989 Quezon City, Filipina |
| Asal | Angeles City, Filipina |
| Warganegara | Filipina |
| Genre | Pop |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, model |
| Alat muzik | Vokal |
| Tahun aktif | 2006–kini |
| Syarikat rakaman | Sony BMG Sony Music (Filipina) GMA Artist Center (2006–kini) |
| Kegiatan berkaitan | Ogie Alcasid, Glaiza de Castro |
| Anggota keluarga/pasangan | |
| Ibu | Rowena Moran (mul) |
| Bapa | Fernando Poe |
| Adik-beradik | Grace Poe |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Lourdes Virginia "Lovi" Moran Poe (lahir 11 Februari 1989) ialah pelakon, model dan artis rakaman Filipina. Beliau merupakan anak perempuan kepada pelakon veteran Filipina, mendiang Fernando Poe Jr. Beliau mula dikenali dengan watak sebagai Kristal Maisog dalam drama bersiri Bakekang pada 2006 dan watak sebagai Shiela Real dalam drama bersiri Ang Dalawang Mrs. Real (2014) dimana beliau bergandingan dengan Dingdong Dantes dan Maricel Soriano dalam drama tersebut.
Beliau menerima anugerah pertama lakonannya melalui anugerah Pelakon Terbaik di Festival Filem Bebas Cinemalaya pada 2010 dengan watak sebagai Lilibeth dalam filem Mahoyan. Pada tahun yang sama, beliau juga menerima anugerah keduanya daripada FAMAS melalui anugerah Pelakon Terbaik melalui watak lakonannya sebagai Kath Asero dalam Sagrada Familia. Beliau juga kini beliau mengikat kontrak secara ekslusif bersama GMA Network.