Louis Riel

Louis David Riel
Louis Riel

Louis Riel, nama penuh Louis David Riel (IPA: ˈ|l|uː|iː|_|r|iː|ˈ|ɛ|l) (22 Oktober 1844 – 16 November 1885) ialah seorang ahli politik Kanada, seorang daripada pengasas wilayah Manitoba, dan juga ketua politik dan kerohanian orang Métis yang tinggal di prairie Kanada. Riel mengetuai dua pergerakan penentang Kerajaan Kanada dan perdana menteri pasca-Konfederasi, Sir John A. Macdonald. Riel mahu mengekalkan hak-hak dan kebudayaan orang Métis pada waktu tanah air mereka di Barat Daya Kanada mula dipengaruhi Kanada. Beliau dianggap ramai orang sebagai seorang wira rakyat.