Louis Pasteur
Louis Pasteur | |
|---|---|
| Kelahiran | 27 Disember 1822 |
| Meninggal dunia | 28 September 1895 (umur 72) |
| Pusat pendidikan | École Normale Supérieure Conservatoire National des Arts et Métiers |
| Pekerjaan | ahli kimia dan mikrobiologi Perancis |
| Tandatangan | |
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "quotation"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "notable_students"
Louis Pasteur (27 Disember 1822 – 28 September 1895) ialah seorang ahli kimia berbangsa Perancis yang masyhur kerana kejayaan cemerlang beliau dalam mikrobiologi. Eksperimen-eksprimen beliau mengesahkan teori kuman penyakit, yang juga mengurangkan kematian akibat demam kelahiran anak. Selain itu beliau mencipta vaksin pertama untuk penyakit anjing gila. Beliau paling dikenali ramai kerana menunjukkan cara menghalang susu dan wain daripada menjadi masam - maka nama proses ini dinamakan pempasteuran. Belaiu dianggap sebagai salah seorang daripada tiga orang pelopor bakteriologi, bersama dengan Ferdinand Cohn dan Robert Koch. Beliau juga melakukan banyak penemuan dalam bidang kimia, terutamanya ketidaksimetrian hablur.