Lotter Edin
Lotter AF4 | |
|---|---|
| Nama lahir | Lotter P. Edwin Edin |
| Juga dikenali sebagai | Lotter |
| Kelahiran | 30 April 1982 Membakut, Sabah |
| Asal | Malaysia |
| Pekerjaan | Penyanyi penulis lagu, penyampai radio |
| Alat muzik | Vokal, Gitar |
| Tahun aktif | 2006 – kini |
| Kegiatan berkaitan | The Divine Master |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Lotter P. Edwin Edin atau lebih dikenali sebagai Lotter atau Dudu (lahir 30 April 1982) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim keempat. Beliau berasal dari Membakut, Sabah.
Penyanyi kegemarannya ialah Kurt Cobain dan John Gaisah. Pelakon kegemarannya pula ialah P. Ramlee, Ahmad Nisfu, Robert De Niro, dan Charlize Theron . Anak jati dari Membakut ini turut menyukai muzik rock alternatif.
Lotter dengan 3 adiknya telah menubuhkan sebuah kugiran bernama 'The Divine Master's' pada 2008. Single pertama kumpulan ini berjudul 'Di Sampingmu' yang mana pernah mendapat tempat pertama di carta radio-radio tempatan.