Lorong motosikal
Lorong motosikal atau lorong sikal adalah istilah yang digunakan untuk lorong khusus di jalan raya yang ditetapkan untuk kenderaan kecil seperti motosikal, skuter, basikal, dan beca. Ia biasanya terletak di antara lorong-lorong lain, ditandakan dengan dua garisan kuning selari. Disebabkan populariti kenderaan tersebut di beberapa negara Asia, lorong motosikal biasanya ditemui di sana.