Lorenzo de' Medici
Lorenzo de' Medici (Itali: [loˈrɛntso de ˈmɛːditʃi], 1 Januari 1449 – 8 April 1492) merupakan seorang negarawan berbangsa Itali yang menjadi pemerintah Republik Firenze de facto. Beliau turut dikenali sebagai seorang penaung budaya Zaman Pembaharuan di Itali melalui penganjuran banyak pelukis terkenal seperti Botticelli dan Michelangelo. Peranannya sebagai pemerintah Firenze turut membantu dalam mengekalkan keamanan antara kerajaan-kerajaan dalam kawasan melalui pembentukan Liga Itali hasil Perjanjian Lodi tahun 1454.