Lontar

Lontar (daripada bahasa Jawa: ꦫꦺꦴꦤ꧀ ꦠꦭ꧀ ron tal, "daun tal") adalah helaian daun pelepah pokok tal (Borassus flabellifer atau palmyra) yang dikeringkan dan dipakai sebagai bahan naskhah penulisan. Rencana ini terutamanya membahas lontar sebagai bahan naskhah manuskrip.