Lokomotif
Lokomotif ialah sejenis kenderaan yang menjana tenaga dan kuasa untuk sesebuah kereta api. Lokomotif merupakan kependekan perkataan enjin lokomotif dan digunakan pada awal kurun ke-19 untuk membezakan antara enjin stim mudah alih dan enjin stim biasa.
Bangsal lokomotif digunakan untuk menyelenggara atau memarkir lokomotif.